Biodata Dr. Surul

Dr Surul Shahbudin - Amil Zakat LZS, Penceramah di Tv & Radio, Pensyarah UIAM, 
Penulis Buku Tajwid & Talaqqi, Pengerusi Rehal & Huffaz -

Ust./Dr. Surul Shahbudin Bin Hassan an-Nadwi al-Hafiz adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak tahun 1968, memperolehi 2 sanad Talaqqi & Musyafahah riwayat Hafs ‘an ‘Asim dari al-Syeikh Muhammad 'Abdun Nabiy dan al-Syeikh Rif'at al-Bastayisiy. Pernah menjadi ketua division Tilawah, UIA dari Julai 2002 hingga Mei 2008.

Dr. Surul adalah lepasan Tahfiz dan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Nadwatul ‘Ulama, Lucknow, India dari tahun 1989 hingga 1996. Beliau juga memiliki sanad awail kutub hadith al-thamaniyah dan ijazah tariqat Qadariyyah dari al-Syeikh Abu al-Hassan Ali al-Nadwi (wafat 1999), sanad Jami' Tirmizi dari Syeikh Salman an-Nadwi dan sanad Sahih al-Bukhari dari al-Syeikh Mahbub al-Rahman al-‘Azomiy semasa belajar di sana. Beliau telah menamatkan Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul di UIA pada tahun 2000. 
Dr. Surul telah menghasilkan buku  ini yang berjudulIlmu Tajwid menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim melalui Tariq al-Syatibiyyah setebal 346 mukasurat yang sehingga kini telah diulang cetak melebihi 50,000 naskah, Dr. Surul telah membentangkan lebih dari 8 kertaskerja dalam bidang al-Quran di seminar-seminar anjuran universiti tempatan dan antarabangsa. Dr. Surul adalah graduan Ph.D dalam di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan al-Quran di samping mempengerusikan REHAL, Kota Damansara & HUFFAZ, Saujana Utama.


No comments:

Post a Comment