01 August 2017

Korban Infak Kemboja 2017


Kelebihan hukum melakukan ibadah korban

Rasulullah s.a.w. bersabda;
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.)

Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Muslim
2. Baligh dan berakal
3. Bebas/merdeka
4. Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.

Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina.
Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)

Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).
Wallahu A'lam.

Sertai KORBAN KEMBOJA bersama Dr. Surul Shahbudin (Penceramah Tanyalah Ustaz Tv9 dan Pengerusi rehalresources.com )

KORBAN INFAQ KEMBOJA 2017:

A. Korban/Akikah
- 1 Bahagian lembu dgn rm320 atau 1 ekor lembu dgn rm2240.
- Seekor kambing dgn rm670

B. Telaga Biasa dengan rm1200 sebuah.

C. Mesin Pum air telaga dgn rm300 seunit.

D. Fidyah/Sedekah Beras dgn rm2.50 bagi setiap hari puasa yg ditinggalkan.

E. Sedekah pembangunan dan pengurusan Sek. Ren. Huffaz Sauajana Utama Sg Buloh, Selangor yg dikelolakan oleh Kumpulan Rehal dgn sumbangan minima rm50.
*lihat info pembangunan sekolah: http://huffaz.com.my/?page_id=555

Penyertaan tanpa borang boleh dibuat dengan mengikuti langkah berikut:

1. Bank in salah satu:
Maybank: 562759105681 KELAS BIMBINGAN REHAL
CIMB: 8600539203 REHAL SURUR RESOURCES

2. WHATSAPP slip ke 0163302019 atau EMEL slip bank in rehalresources@gmail.com dengan menyatakan:
– NAMA PENUH:
– NO. HP:
– EMAIL:
– TUJUAN: RAMADAN / KORBAN (tulis apa yg berkenaan)
– SILA NYATAKAN NAMA SETIAP BHGN BAGI KORBAN:
– JUMLAH RM:

*Tiada pemulangan semula wang bagi mana-mana sumbangan yang telah diserahkan.

WhatsApp terus kpd kami: http://www.wasap.my/60163302019/KEMBOJA

Kami berpengalaman lbh 6 tahun melaksanakan Korban Infak Kemboja. Lihat gambar2 korban 2016 di web ini: http://rehalresources.com/?page_id=468

Jom laksanakan ibadah korban krn Allah swt, mesyukuri rezeki yang tlh dikurniakanNya