14 November 2014

TRIP KEMBOJA


Alhamdulillah Trip Korban Rehal 2014 ini telah diketuai oleh Pengerusi Rehal Resources (Dr. Surul Shahbudin) dan dikuti rombongan seramai 19 orang. Misi kali ini berjaya membawa amanah rakyat Malaysia kepada umat Islam Kemboja seperti lembu sebanyak 133 ekor, kambing 18, sumbangan telaga sebanyak 53, sumbangan untuk Al-quran 150 naskah dan sumbangan 764 lot tahfiz.Trip ini amat sesuai untuk umat Islam yang ingin menginsafi, menghayati, berjalan-jalan ke Kemboja disamping menziarah saudara seIslam di sana sambil menderma/infaq. Melihat keadaan umat islam di Kemboja yang begitu serba kekurangan  seperti tiada kemudahan seperti bekalan air terawat dan bekalan letrik yang memcukupi. Sudah menjadi tanggjawab umat islam untuk menolong saudara kita disana.

Rombongan bergambar di Hotel Cozyna
Program di Kemboja ini bermula dengan Solat Sunat Aidiladha di Masjid An-Ni'mah Kg Sray Wial dan majlis beramah mesra dengan pendudukan kampung tersebut.
MASJID AN-NI'MAH KG SRAY WIAL. COMBODIA
Majlis ramah mesra dengan penduduk Kg. Sray Wail.
Setelah menunaikan Solat Sunat Aidiladha, para peserta misi bersiap sedia untuk melakukan program korban dengan kerjasama penduduk kampung.
Peserta Korban Kemboja Rehal 2014
Pengerusi Rehal merasmikan Korban 2014
Sila klik untuk melihat arkib penuh gambar korban:

Di Kg Sray Wial sahaja hampir 60 ekor lembu berjaya disembilh oleh petugas rombongan dan dibagikan kepada penduduk kg tersebut. Melihat kepada riak wajah penduduk kampung yang begitu gembira dengan kehadiran kami serta mendapat agihan korban masing-masing. Anak-anak bermain sekitar masjid untuk melihat aktiviti masjid.
Daging korban dikumpul untuk diagihkan

Anak-anak Kemboja
Kemudian rombongan bergerak ke INSTITUTE OF INTEGRATED TAHFIZ CAMBODIA (INTAC) atau Institut Tahfiz Integrasi Kemboja untuk menjalankan sembilan, serahan beras fidyah dan meninjau pembinaan tahfiz tersebut.

Penduduk Kg mendengar taklimat
Wakil Rehal menyampai sumbangan pembinaan INTEC

Pengerusi Rehal menyampaikan beras fidyah
INTAC dalam pembinaan

 Sila klik untuk melihat arkib penuh gambar Intac:

Setelah selesai membuat agihan di Kg Sray Wial dan INTAC rombongan korban pula bergerak ke kampung seterus iaitu Kg Jo Keng. Perjalanan ke kampung tersebut akan melalui Sg. Mekong dengan menaiki feri dan menyinggah di Raka Khno untuk aktiviti sembilan. Di Kg Jo Kang esk harinya sembilan diteruskan untuk membuat agihan, sumbagan fidyah dan engin pamp serta pakain kepada penduduk kg.
Pihak Rehal menyampaikan mesin pam kepada penduduk  Kg Jo Kang
Ahli rombongan memberi memberi makanan ringan kepada kanak-kanak
Pada jam 2 petang rombongan bergerak ke
Phnom Penh dan check in Hotel Cozyna yang berhadapan Sg. Mekong. Di Phnom Penh juga kami dibawa ke kedai makan rakyat Malaysia iaitu Wau untuk menjamu selera masakan Malaysia. Kami diberi peluang untuk berjalan-jalan di Phnom Penh ,membeli belah Central Market, naik cruise melihat pemandangan Sungai Mekong dan Tonle Sap sambil makan malam.


Golden Palace
Central Market
Makan malam di atas kapal sambil menikmati Sg.Mekong
Pada diawal waktu pagi kita dapat menikmati pemandangan Sg.Mekong dan matahari terbit.  Membeli belah di Pasar Russian merupakan aktiviti terakhir rombongan sebelum pulang ke tanah.
Pemandangan matahari terbit di Sg.Mekong
Sekadar ini sahaja perjalanan kami di Kemboja untuk membantu saudara SeIslam dan InsyaAllah kami akan membuat trip seperti ini pada tahun 2015. Diharap pada tahun hadapan akan ramai yang menyertai misi ini dan sumbangan rakyat tidak terputus.

Trip Korban akan datang adalah pada 23-27 Sep 2015

Untuk program Infaq/ Aktivi Kemboja seterusnya layari:/http://rehal.org/kemboja/


TRIP KORBAN AIDIL ADHA DI KEMBOJA (4 Hari 3 Malam)
(KL-KG CHAM - PHNOM PENH - KL) 4-7 Okt 2014 (Sabtu-Selasa).

Tentatif Lawatan
Masa
Aktiviti*
Catatan
Hari Pertama : 4/10/14
12.30 PM
Bertolak dari Kuala Lumpur (KLIA)
Berlepas 3:10pm
4.30 PM
Tiba di Phnom Penh

8.30 PM
Tiba di Kg. Sray Wial, Stung Trang, Kg Cham

9.30 PM
Makan malam dan bermalam di Kg Sray Wial
Jama’ Ta’khir
Hari Kedua : 5/10/14
5.30 AM
Sarapan di Kg. Sray Wial

6.40 AM
7:30 AM
10:00 AM
SOLAT SUNAT AIDILADHA
Program Sembelihan Korban di  Kg Sray Wial
Majlis Penyampaian Sumbangandan Sembelihan Korban di INTAC


12.00 PM
Solat Zohor dan Makan Tengahari di  Kg Sray Wial
Jama’ Taqdim
1.30 PM
Bertolak ke Jo Keng

2.30 PM
Singgah di Raka Khno utk sembelih

4.30 PM
Majlis Penyampaian Sumbangan&Sembelih Qurban

7.00 PM
Makan malam dan Istirehat (Jo Keng)

Hari Ketiga : 6/10/14
6.30 AM
Sarapan

7.30 AM
Sembelih korban

8.30 AM
Bertolak ke Phnom Penh

12.00 PM
Tiba di Phnom Penh dan Makan tengah hari

1.00 AM
Check in Hotel
Jama’ Taqdim
1.30 PM
Melawat Toul Sleng

3.00 PM
Shopping di Central Market

5.00 PM
Naik cruise melihat pemandangan Sungai Mekong dan Tonle Sap sambil makan malam.

7.00 PM
Pulang ke hotel penginapan dan aktiviti bebas
Jama’ Ta’khir
Hari Keempat : 7/10/14
7.00 AM
Chek Out dan Sarapan

8.00 AM
bertolak ke Ho Chi Minh (bagi mereka yg nak ke Vietnam)
Yg tidak ke Vietnam boleh shopping di Russian Market.

9:30 AM
Bertolak ke Airport
Jama’ Taqdim
11.10 AM
Berlepas pulang ke Malaysia
TBD